BUKU PELAWAT

 

Salam Kepada Semua Pelawat,

Kerjasama daripada semua pelawat laman rasmi Sk.Lingga Baru Tamparuli, Kami amat mengalu-alukan jika sekiranya anda dapat mengisi buku pelawat menerusi laman ini. Sebarang komen atau pendapat mahupun perkongsiaan adalah di alu-alukan. Sekian dan terima kasih. Sila Klik pada Pautan atau mengisi pada Logo Buku Pelawat (GuestBook) ¬†….g.php

 

 

Advertisements

MESYUARAT KURIKULUM SK.LINGGA BARU BAGI SESI 2012/2013

This slideshow requires JavaScript.

Hari ini 23hb Oktober 2012, Mesyuarat kurikulum Sk.Lingga Baru, SKK bagi sesi 2012/2013 telah diadakan bertempat di Pusat Sumber Sekolah. Antara isu yang diperbincangkan adalah

1. Analisis Peperiksaan Akhir Tahun 2012

2. Laporan Setiap Panitia

3. Pengagihan Mata Pelajaran

4. Takwin 2013

Daripada perbincangan ini, terdapat beberapa perkara yang dititik beratkan terutamanya program-program peningkatan akademik dan perancangan Program Peningkatan Akademik waktu Cuti. Berikut adalah Koleksi galeri Gambar Mesyuarat yang dijalankan.

PERTANDINGAN CATUR ANTARA SEKOLAH DAERAH TUARAN

Adik Jackry Joudi dan Adik Rhina Yamin, Peserta daripada Sk.Lingga Baru Tamparuli.

This slideshow requires JavaScript.

Pada 04.10.2012 (Khamis),  satu pertandingan catur antara sekolah daerah Tuaran telah diadakan. Kejohanan catur yang diadakan ini telah dianjurkan oleh sekolah Sk.Guakon Tamparuli. Walaupun sekolah SKM, namun sekolah ini telah berjaya menganjurkan kejohanan catur in dengan cemerlang. Terdapat beberapa buah sekolah yang mengikuti pertandingan ini, iaitu Sk.Guakon, Sk.Lingga Baru, Sk. Bongol, Sk.Bawang dan Sk.Bundung Tuaran. Setiap sekolah telah menghantar 2 orang wakil iaitu, seorang lelaki dan seorang perempuan dan wakil-wakil ini adalah daripada tahap 1. Sk.Lingga Baru telah menghantar dua orang wakil iaitu, Adik Rihna Yamin (Tahun 3) dan Adik Jackry Joudi (Tahun 1) diiringi oleh Cikgu Wilter Dousip. Terdapat dua ketegori pertandingan ini, kategori Lelaki dan Kategori Perempuan. Kategori Lelaki telah dimenangi oleh Sk.Bongol Tuaran manakala Kategori perempuan digondol oleh adik Rhina Yamin daripada Sk.Lingga Baru. Walaupun, peserta lelaki sekolah Sk.Lingga baru tidak mendapatkan sebarang tempat. Sekolah amat berbangga kepada adik Jackry Joudi kerana beliau merupakan seorang peserta termuda daripda tahap 1 iaitu tahun 1 daripada kesemua peserta yang berada pada tahun 3. Walaupun, kecil tidak bermakna semangat beliau sekecil umur dan saiznya. Beliau agak liat semasa pertandingan kerana walaupun kecil dia sukar untuk di kalahkan dengan mudah. Walaupun hanya mampu mendapat seri untuk keseluruhan pertandingan. Diharapkan semoga beliau tidak berputus asa dan terus berusaha. Syabas dan tahniah kepada para peserta dan pemenang.