Bidang Kebitaraan

Memikat di hati anggun si dara

Arjuna setia segak terperi

Taat berbakti bangun Negara

Bangsa Malaysia tegak berdiri

Sk.Lingga segak berdiri

Teratap ilmu setiap insan

Melakar sejarah setiap lembar

Bitara Muzik merdu muziknya

Ungul penulisan Bitara Melayu

Namanya…

 

Selamat datang ke laman Rasmi Sk.Lingga Baru Tamparuli, Seperti yang

anda maklum Sk.Lingga Baru merupakan sebuah sekolah kluster yang terletak jauh di pedalaman pekan tamparuli menyusuri banjaran croker menghala ke timur.

Terdapat dua kebitaraan utama sekolah iaitu Kebitaraan Bahasa Melayu dan Kebitaraan Muzik Tradisional. Pada laman ini, pelbagai bahan mengenai kedua-dua kebitaraan ini dapat di lihat.. Kalau ada niat yang baik, singgalah sekejap melakar kata, Perkongsian anda kami alukan….

Bidang Kebitaraan Sekolah atau lebih dikenali sebagai Niche-Area adalah seperti yang berikut.

Bidang kebitaraan yang dipilih oleh sekolah ini ialah Bahasa Melayu dan Muzik Bambu Tradisional.

Bidang Bahasa Melayu dipilih berdasarkan rekod pencapaian mata pelajaran ini yang amat cemerlang sejak 1998 lagi yakni mencapai keputusan 100%. Walau pun pencapaian pada tahun 2010 agak menurun kepada 90% bagi kertas penulisan namun dari segi kualiti pemerolehan gred A ianya telah menunjukkan peningkatan yang amat ketara. Di samping itu, bidang ini juga telah mencatatkan kejayaan demi kejayaan khususnya dalam  bidang ko akademik . Sehingga kini, pula beberapa orang pelajar sekolah ini telah pun mengharumkan nama sekolah bukan sahaja ke peringkat negeri malahan sehingga ke peringkat kebangsaan.

Bidang muzik tradisional dipilih memandangkan bidang ini dilihat amat berpotensi untuk dibangunkan dan diketengahkan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Walaupun pada amnya sekolah tidak mempunyai rekod yang cemerlang khususnya dalam penglibatan bidang ini ke sebarang program di  peringkat lebih tinggi namun berdasarkan kepada situasi persekitaran yang amat positif dan membantu yakni kebanyakan penduduk di sekitar sememangnya mempunyai asas dan kemahiran dalam permainan muzik tradisional maka adalah difikirkan bidang ini sesuai dijadikan sebagai bidang yang mampu ditonjolkan. Hasilnya, dalam jangka masa setahun sekolah telah menunjukkan peningkatan yang amat ketara. Kini, 70% pelajar sudah menguasai kemahiran dalam beberapa jenis alat muzik tradisional seperti seruling dan gong. Siri latihan muzik akan diteruskan dengan menggunakan khidmat kepakaran luar dan tenaga yang sedia ada.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: