Pencapaian Bidang Kurikulum

Berbanding dengan beberapa sekolah yang mempunyai bilangan murid ramai dan kemudahan infrastruktur yang lengkap , sekolah dilihat hampir mustahil untuk bersaing mahupun menonjolkan diri dalam pelbagai aspek sama ada dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Dengan bilangan murid yang terhad dengan purata dalam lingkungan 50 orang setiap tahun sudah tentu isu utama ialah sejauhmanakah pelajar dari sekolah ini mampu bersaing untuk  menjadi yang terbaik di peringkat daerah apatah lagi di peringkat yang lebih tinggi. Walau bagaimana pun, dalam situasi sedemikian, mengikut rekod prestasi khususnya dalam akademik, sekolah ini telah mampu mencatat rekod yang agak sukar dicapai oleh mana-mana sekolah walaupun sekolah yang berada di tengah-tengah kemudahan infrastruktur dan pusat-pusat tuisyen di Bandar-bandar.

Antara pencapaian luar biasa yang dianggap sebagai rekod sekolah ini mengatasi kebanyakan sekolah di Daerah Tamparuli adalah seperti berikut:

7.1.1.   Mencatat pencapaian 100% dalam UPSR selama 7 tahun ; 2001,2002,2003,2005,  2006, 2008, & 2009

 

7.1.2.   Mencatat keputusan 100% dalam semua subjek teras UPSR  kecuali B. Inggeris dan BM2 selama 10 tahun berturut-turut     (2001-2010).

 

7.1.3.   Melepasi % pencapaian UPSR keseluruhan peringkat Negeri dan Kebangsaan sejak tahun 1999 hingga 2010.

 

7.1.4.   Melahirkan 4 orang pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR 2008 – 2010 dan masing-masing seorang pada 1998 dan 2002.

7.1.5.  Mencatat keputusan 100% lulus dalam mata pelajaran BM Pemahaman dan Sains selama 10 tahun berturut-turut UPSR iaitu sejak 1997 – 2009.

7.1.6.   Mencapai kedudukan ke 4 terbaik dalam pencapaian GPS UPSR antara sekolah-sekolah Kluster (SR) KPM dengan 1.44 bagi tahun 2010.

 

7.1.7.   Ramai bekas pelajar dari sekolah ini telah ditawarkan untuk menyambung persekolahan ke MRSM dan Sekolah Berasrama Penuh  selepas Tahun Enam walau pun sebelum ini peluang dan tawaran tersebut dilihat lebih dimonopoli oleh pelajar di kawasan Bandar atau pekan.  Antara destinasi sekolah yang telah pun menerima bekas pelajar dari sekolah ini ialah MRSM, Kuching, Sekolah Berasrama Penuh Labuan dan Kota Kinabalu.

7.2.      Keistimewaan dan Kemegahan dari Sejarah Lama

7.2.1.   Kebanyakan ibubapa di semua kampung yang terlibat tidak mempunyai pendidikan malahan ramai yang tidak pernah mengecapi alam persekolahan namun masih berupaya mendorong anak-anak mereka untuk cemerlang dalam pelajaran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: