• Blogs I Follow

  • Login

Welcome new GB to Sk.Lingga Baru

14.08.2015 merupakan satu lagi tarikh yang penting kepada SBT Sk.Lingga Baru apabila menerima seorang guru besar baru menggantikan Guru besar Lama En.Mohamad Jamil Hj Hussin apabila beliau bersara awal. Guru besar baru En.Mohamad Juin Nauli yang sebelumnya bertugas di Sk.Rangalau Baru meneruskan kecemerlanganya apabila menyahut seruan untuk mentadbir sekolah berprestasi tinggi. Sebagai wakil warga sekolah Sk.Lingga Baru, kami amat mengalu-alukan kedatangan beliau dan akan sedia berkhidmat dibawah pimpinanya untuk meneruskan kegemilangan sk.Lingga Baru sebagai sekolah berprestasi tinggi di Tuaran. Selamat Datang GB Mohamad Juin…

Ujian Kompetensi ICT Semua Pegawai Pendidikan Negeri Sabah

Dimaklumkan bahawa Perlaksanaan Ujian Kompetensi ICT kepada semua pegawai pendidikan yang terdiri daripada Pengetua, Guru Besar dan Guru sekolah untuk Jabatan Pendidikan Negeri Sabah bermula pada 21 hingga 31 Oktober 2013.

Semua Pegawai adalah diwajibkan untuk menjalani ujian ini.

Sekian dan Terima Kasih

Untuk menjalani ujian tersebut Sila klik http://ict-kpm.azurewebsites.net/

KEPUTUSAN PERTANDINGAN MUZIK BAMBU TRADISIONAL PERINGKAT NEGERI 2013

Maka tersuratlah penghakiran pertandingan kali ke-2 Pertandingan Muzik Bambu Tradisional Bagi tahun 2013 yang diadakan baru-baru ini. Pertandingan yang disertai daripada beberapa buah sekolah iaitu, Sk.Lingga Baru, Sk.Giok, Sk.Kundasang, Sk.Pekan tamparuli dan juga SJK(C) St.Philip Tamparuli menampilkan kepelbagaian seni dan kreativiti tersendiri. Penampilan baru daripada dua buah sekolah iaitu SK.Giok dan Sk.Pekan Tamparuli menunjukan satu kesedaran bertapa pentingnya aktiviti ini terutamanya menyembai kembali nostalgia dan keperibadian suku kaum yang ada di sabah dalam bidang kesenian muzik. Tatkala, refomasi teknologi yang pesat dan ekstrim menyuburi benak sanubari anak-anak kecil masa kini, perlahan-lahan budaya dan kesenian sendiri dilupai. Jika dahulu anak-anak jati bisa menutur bahasa ibundanya sendiri kini situasi sedemikian kian berubah. Nesaya, suatu hari nanti juga nilai estetika muzik tradisional juga akan dilupai. Masa itu, sudah terlambat untuk penyesalan. Maka dengan itu, dari aktiviti inilah satu pendekatan dapat dilakukan dalam menarik anak-anak untuk mempelajari dan menghayati muzik tradisional bambu. Berlangsungya pertandingan ini pada 04.07.2013 pada hari Khamis menunjukan kunjungan daripada Guru-guru besar daripada sekolah lain bersama guru-guru dan penduduk setempat memeriahkan lagi majlis ini. Diserikan dengan kedatangan Wakil dari PPD dan perasmi Datuk Joniston Bangkuai Selaku Adun N11 Kiulu menyerlahkan lagi majlis ini. Dalam kesempatan ini juga Datuk mengucapkan Tahniah kepada sekolah Penganjur Sk.Lingga Baru kerana sekali lagi telah berjaya melaksanakan Pertandingan bagi tahun 2013 yang telah menjadi acara tahunan bagi SK.Lingga Baru (SKK). Untuk penyertaan pada tahun hadapan, pengerusi penganjur berharap sekolah dariapda daerah Kota kinabalu dapat menyertai pertandingan ini dan sasaranya adalah St.Agnes kota Kinabalu. Pada pengakhiran pertandingan ini, Datuk menyampaikan hadiah kepada pemenang iaitu St.Philip Tamparuli (Johan), Sk.Lingga Baru (Naib Johan) dan Sk.Kundasang (Ketiga).

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan kepada yang tidak usahakan pada tahun 2014.!!

Pertandingan Muzik Bambu Peringkat Kebangsaan 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Sk.Lingga Baru akan mengadakan pertandingan Muzik Bambu Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2 Tahun 2013. Semua sekolah di Malaysia adalah diperlawa untuk menyertai pertandingan ini. Untuk maklumat lanjut sila download maklumat pada capaian drop box yang diberikan atau hubungi nama yang tertera pada poster.. Jangan tunggu lagi.. hadiah Lumayan Menanti kumpulan anda… daftar sekarang..

Poster Bamboo Musical Tourn

Program Motivasi dan Ikrar Aku janji kecemerlangan pelajar 2013

Education is the ability to listen to almost  anything without losing your temper or self-confidence”  

by Robert Frost

Sememangnya sinar kehidupan itu diperolehi daripada kebijaksanaan dan perkara itu bukanlah sesuatu yang senang untuk dikecapi. Mengecapinya seperti berjalan di gurun pasir, kepayahaan dan keperitan yang harus ditanggung dan dirasai dan hanya mereka yang bersungguh mampu meneruskan lembaran berikutnya. Walaupun demikian, di setiap kepayahaan itu, harapan senantiasa wujud. Dengan sedikit harapan itulah yang akan menjadi kekuatan kepada kita untuk mencarik kejayaan. Dengan harapan itu, lembaran ke arah kecemerlangan 2013, satu program Motivasi dan aku janji ikrar kecemerlangan murid telah berjaya dilaksanakan pada hari ini 25 April 2013, (Khamis). 

Dengan rasa syukur dan berbangga diatas kehadiran En.Raflee Bin Mukadim, Ketua Unit Sektor Penilaian Dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah sebagai penceramah Khas jemputan program ini, dengan kesibukan beliau masih sempat untuk menabur bakti memberikan semangat dan motivasi kepada ibu bapa juga kepada anak-anak sekolah yang disayangi. Program yang diadakan ini, tentunya adalah harapan kepada pihak sekolah untuk melonjakkan lagi prestasi kecemerlangan sekolah Sk.Lingga Baru, Tamparuli. Berunsurkan akademik dan berbaurkan kasih, semangat Guru Besar Cemerlang Sk.Lingga Baru iaitu En.Mohd Jamil Hj Hussin tonjolkan mencerminkan perwatakan beliau sebagai seorang pentadbir yang berjiwa pendidik. Dihadiri oleh ibu bapa kepada pelajar tahun 6, kesungguhan dan keprihatinan serta penglibatan ini lah yang sentiasa dialu-alukan oleh pihak sekolah bagi mencemerlangkan pendidikan dan merubah tranformasi ke arah kecemerlangan pendidikan. Sesunguhnya, jelas membuktikan bahawa warga pentadbir, pendidik dan PIGB amat prihatin terhadap kejayaan setiap anak didik. Diharapkan agar semua anak didik pelajar tahun 6 2013 akan mencoret sejarah kecemerlangan pada tahun ini.

This slideshow requires JavaScript.

Lawatan Penandaarasan Sk.Lingga Baru Ke Taiwan 2013

Dua orang guru mewakili Sk.Lingga Baru telah mengikuti satu Lawatan ke Taiwan pada bulan March yang lalu.

Dua orang guru yang terlibat adalah En.Francisco Dungkim iaitu Guru Muzik kebitaraan Muzik dan En.Stephen Apok iaitu guru ICT sekolah Kebangsaan Lingga Baru Tamparuli. Lawatan ini merupakan lawatan penandaarasan sekolah bagi peringkat antarabangsa. Pernyataan daripada kedua-dua guru yang terlibat menyatakan bahawa lawatan ke Taiwan banyak memberikan mereka banyak pengalaman yang tidak pernah mereka bayangkan. Jelas Beliau iaitu En.Stephen Apok, pendidikan di Taiwan adalah sangat berbeza daripada apa yang pernah dilihat di Malaysia. Penggunaan ‘Interactive Board’ adalah sangat meluas digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kelas-kelas ICT dijalankan oleh para pelajar, di mana guru-guru hanya menjadi fasilitator dan pemerhati. En.Franciso Dungkim yang juga guru muzik dan pernah memenangi tempat pertama, Pesta muzik OMBAK 2012, (Kelab muzik di bawah pimpinanya yang terdiri daripada murid sekolah) mengatakan, pengalaman itu sangat bererti baginya. “Ianya adalah pengalaman yang sangat menarik di mana ia adalah anjakan paradigma pemikiran dan kognitif baru’. Mereka juga telah membuat persembahan muzik di salah satu dewan yang sangat terkenal di Taiwan.

BUKU PELAWAT

 

Salam Kepada Semua Pelawat,

Kerjasama daripada semua pelawat laman rasmi Sk.Lingga Baru Tamparuli, Kami amat mengalu-alukan jika sekiranya anda dapat mengisi buku pelawat menerusi laman ini. Sebarang komen atau pendapat mahupun perkongsiaan adalah di alu-alukan. Sekian dan terima kasih. Sila Klik pada Pautan atau mengisi pada Logo Buku Pelawat (GuestBook)  ….g.php

 

 

MESYUARAT KURIKULUM SK.LINGGA BARU BAGI SESI 2012/2013

This slideshow requires JavaScript.

Hari ini 23hb Oktober 2012, Mesyuarat kurikulum Sk.Lingga Baru, SKK bagi sesi 2012/2013 telah diadakan bertempat di Pusat Sumber Sekolah. Antara isu yang diperbincangkan adalah

1. Analisis Peperiksaan Akhir Tahun 2012

2. Laporan Setiap Panitia

3. Pengagihan Mata Pelajaran

4. Takwin 2013

Daripada perbincangan ini, terdapat beberapa perkara yang dititik beratkan terutamanya program-program peningkatan akademik dan perancangan Program Peningkatan Akademik waktu Cuti. Berikut adalah Koleksi galeri Gambar Mesyuarat yang dijalankan.

PERTANDINGAN CATUR ANTARA SEKOLAH DAERAH TUARAN

Adik Jackry Joudi dan Adik Rhina Yamin, Peserta daripada Sk.Lingga Baru Tamparuli.

This slideshow requires JavaScript.

Pada 04.10.2012 (Khamis),  satu pertandingan catur antara sekolah daerah Tuaran telah diadakan. Kejohanan catur yang diadakan ini telah dianjurkan oleh sekolah Sk.Guakon Tamparuli. Walaupun sekolah SKM, namun sekolah ini telah berjaya menganjurkan kejohanan catur in dengan cemerlang. Terdapat beberapa buah sekolah yang mengikuti pertandingan ini, iaitu Sk.Guakon, Sk.Lingga Baru, Sk. Bongol, Sk.Bawang dan Sk.Bundung Tuaran. Setiap sekolah telah menghantar 2 orang wakil iaitu, seorang lelaki dan seorang perempuan dan wakil-wakil ini adalah daripada tahap 1. Sk.Lingga Baru telah menghantar dua orang wakil iaitu, Adik Rihna Yamin (Tahun 3) dan Adik Jackry Joudi (Tahun 1) diiringi oleh Cikgu Wilter Dousip. Terdapat dua ketegori pertandingan ini, kategori Lelaki dan Kategori Perempuan. Kategori Lelaki telah dimenangi oleh Sk.Bongol Tuaran manakala Kategori perempuan digondol oleh adik Rhina Yamin daripada Sk.Lingga Baru. Walaupun, peserta lelaki sekolah Sk.Lingga baru tidak mendapatkan sebarang tempat. Sekolah amat berbangga kepada adik Jackry Joudi kerana beliau merupakan seorang peserta termuda daripda tahap 1 iaitu tahun 1 daripada kesemua peserta yang berada pada tahun 3. Walaupun, kecil tidak bermakna semangat beliau sekecil umur dan saiznya. Beliau agak liat semasa pertandingan kerana walaupun kecil dia sukar untuk di kalahkan dengan mudah. Walaupun hanya mampu mendapat seri untuk keseluruhan pertandingan. Diharapkan semoga beliau tidak berputus asa dan terus berusaha. Syabas dan tahniah kepada para peserta dan pemenang.

PROGRAM SELANGKAH KE MENARA GADING

This slideshow requires JavaScript.

PROGRAM UNGUL PENULISAN BERSAMA UITM

“SELANGKAH KE MENARA GADING”

SK.LINGGA BARU TAMPARULI

Pada 18.09.2012, satu program selangkah ke menara gading anjuran Kebitaraan Bahasa Melayu yang dipimpin oleh Pn.Ripah Maji telah diadakan di Universiti Teknologi Mara cawangan Sabah. Program ini melibatkan semua pelajar daripada tahun 2 hingga tahun 6  Sk.Lingga Baru Tamparuli.  Penceramah undangan daripada Maktab kent Sabah kampus Tuaran Pn. Caroline iaitu seorang pensyarah telah memberikan satu syarahan yang menarik yang sudah tentunya memberi semangat kepada para pelajar. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar pengalaman ke menara gading.  Selain dari itu, ianya juga memberi pendedahan mengenai cara penulisan yang berkualiti. Semasa ceramah ini, para pelajar memberikan respon yang sangat baik kepada penceramah sewaktu diskusi . Slot setrusnya diberikan oleh Pensyarah Dr.Pn.Rozita Mohammed mengenai motivasi. Bahan pengisian yang menarik dan komprehensif  memudahkan pelajar mengikuti rentak dan menghayati sesi tersebut. Di harapkan semoga program ini  dapat diteruskan untuk meningkatkan kualiti murid-murid dari segi akademik mahupun ko-kurikulum. Syabas UITM dan Sk.LIngga, diharapkan jalinan ini akan terus berkekalan ke arah menjadikan sekolah-sekolah hub akdemik yang cemerlang….