• Blogs I Follow

  • Login

PROGRAM SELANGKAH KE MENARA GADING

This slideshow requires JavaScript.

PROGRAM UNGUL PENULISAN BERSAMA UITM

“SELANGKAH KE MENARA GADING”

SK.LINGGA BARU TAMPARULI

Pada 18.09.2012, satu program selangkah ke menara gading anjuran Kebitaraan Bahasa Melayu yang dipimpin oleh Pn.Ripah Maji telah diadakan di Universiti Teknologi Mara cawangan Sabah. Program ini melibatkan semua pelajar daripada tahun 2 hingga tahun 6  Sk.Lingga Baru Tamparuli.  Penceramah undangan daripada Maktab kent Sabah kampus Tuaran Pn. Caroline iaitu seorang pensyarah telah memberikan satu syarahan yang menarik yang sudah tentunya memberi semangat kepada para pelajar. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar pengalaman ke menara gading.  Selain dari itu, ianya juga memberi pendedahan mengenai cara penulisan yang berkualiti. Semasa ceramah ini, para pelajar memberikan respon yang sangat baik kepada penceramah sewaktu diskusi . Slot setrusnya diberikan oleh Pensyarah Dr.Pn.Rozita Mohammed mengenai motivasi. Bahan pengisian yang menarik dan komprehensif  memudahkan pelajar mengikuti rentak dan menghayati sesi tersebut. Di harapkan semoga program ini  dapat diteruskan untuk meningkatkan kualiti murid-murid dari segi akademik mahupun ko-kurikulum. Syabas UITM dan Sk.LIngga, diharapkan jalinan ini akan terus berkekalan ke arah menjadikan sekolah-sekolah hub akdemik yang cemerlang….

PROGRAM PEMUAFAKATAN SK.LINGGA BARU DAN SMK.TAMPARULI

This slideshow requires JavaScript.


Satu Bengkel Pemuafakatan Di antara Sk.LIngga Tamparuli dan Smk.Tamparuli telah diadakan hari ini pada 14.09.2012 jam 7.pp am untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah rendah dalam bidang muzik. Dengan pemuafakatan ini diharapkan satu suntikan minat dapat dipupuk pada peringkat awal bak kata pepatah Melayu “Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya”. Semasa Bengkel ini para pelajar telah didedahkan mengenai teknik bermain Gamelan yang merupakan satu seni muzik yang sangat menarik. Bengkel yang diberikan oleh guru Muzik Smk.Tamparuli, En.Moilon Kunning dan Juliana Anak Kubu merupakan satu bengkel yang bermakna kepada murid-murid sekolah. Semoga pemuafakatan ini menjadi satu lagi penandaarasan kepada bidang kebitaraan Sk.Lingga Baru Tamparuli. Untuk melihat rakaman video Bengkel ini sila klik pada link http://www.youtube.com/watch?v=-q4P1JeDzFg&feature=youtu.be

“Pendidikan Maju Pelita Hidup”

We provide you the latest updates from us.

Feel free to stop by and post your encouraging comments.