• Blogs I Follow

  • Login

Inovasi Pendidikan Sekolah

Projek penulisan karangan ‘3 Dalam 1’.

Didokumentasikan oleh Pn. Ripah Maji,  Panitia Bahasa Melayu.

Projek penulisan karangan 3 Dalam 1 adalah satu program penulisan untuk para pelajar Tahap 2. Kaedah ini didedahkan kepada pelajar untuk memudahkan mereka memahami pelbagai jenis penulisan.  Program ini juga membantu pelajar meningkatkan pengetahuan dalam menghasilkan penulisan yang bermutu. Melalui program ini pelajar akan menggunakan satu tajuk karangan tetapi menghasilkan 3 jenis penulisan yang berbeza.

Projek ‘SIKAP’

            -Didokumentasikan oleh En. Loimin Gonsu, PK Kurikulum dan Panitia Matematik.

Projek ‘SIKAP’ adalah satu program yang dianggap mampu memberikan kesan dan manafaat secara menyeluruh kepada  perkembangan pelajar. Ia adalah suatu usaha ke arah membentuk kecemerlangan dalam semua aspek yang meliputi Sahsiah, Intelek (Minda), Kokurikulum & Kurikulum (Akademik) Pelajar.

S          – Sahsiah

I           -Intelek (Minda)

K          -Kokurikulum

A          -Akademik (Kurikulum)

P          -Pelajar

Bersesuaian dengan  sinonim SIKAP iaitu merujuk juga kepada sikap ataupun perlakuan/ tingkahlaku setiap insan khususnya golongan pelajar yang dilihat sebagai kunci utama ke arah kecemerlangan seseorang. Dalam usaha untuk melahirkan kumpulan pelajar (manusia) yang cemerlang, perlulah mempunyai perubahan dan anjakan paradigma dalam semua aspek yang penting dalam kehidupan.

Melalui program ini, setiap pelajar diberi peluang  untuk sentiasa memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan bukan sahaja dalam bidang akademik dan penglibatan dalam sebarang kegiatan kokurikulum tetapi jua dari aspek perkembangan sahsiah dan intelek melalui penabungan dan penolakan markah. Konsep penabungan markah  kepada setiap perubahan positif dan penolakan kepada setiap perlakuan negative. Di samping dapat mendorong agar setiap  murid  berusaha membuat tabungan  yang tertinggi ianya juga dapat memberi kesedaran kepada mereka bahawa sikap suka menabung akan memberikan kebaikan yang tidak ternilai. Setiap perubahan positif dan perlakuan negative pelajar  akan direkodkan ke dalam satu borang khas yang dikendalikan oleh satu badan khas yang dibentuk.

 

Thinking In Science

Didokumentasikan oleh Pn. Rosiah Rampun, Panitia Science.

Program ini merupakan satu usaha yang diilhamkan khas demi untuk melatih setiap pelajar meningkatkan kemahiran berfikir dan menulis. Di samping itu  ianya juga berupaya untuk meningkatkan kualiti bahasa dalam sebarang kegiatan berunsur keilmuan dan  komunikasi di dalam kelas. Akhir sekali, program ini juga membolehkan setiap murid menguasai kemahiran  dan dapat menggunakan bahasa yang mantap  khususnya dalam kehidupan seharian.

Antara strategi program ini ialah;

  1. Membina satu atau dua ayat yang baru selama 1 minggu bagi Tahap 2.
  2. Satu gambarajah yang betul dengan pemahaman tepat berdasarkan cirri-ciri yang diberi bagi Tahap I.
  3. Penyaluran maklumat melalui pengumuman dan papan notis.
  4. Lanjutan dan perincian maklumat oleh guru mata pelajaran semasa di dalam kelas.

Projek PSS Cemerlang

            Oleh: Pn. Stlea Thomas @Julia, Penyelaras Pusat Sumber Sekolah.

Selaras dengan misi PSS iaitu menjadikannya pusat penyebaran dan penyaluran ilmu dan maklumat maka adalah sewajarnya PSS perlu dicemerlangkan. Kecemerlangan itu bukan hanya bermakna tempat tersebut dibekali dengan ribuan jenis naskah buku tetapi persoalannya, sejauhmanakah tempat tersebut mampu memberikan keceriaan, keselesaan, dan ketenangan kepada setiap pengguna semasa berada di dalamnya. Lantaran, faktor-faktor tersebut sudah tentu sekali mampu mendorong setiap pengguna  untuk berusaha dengan lebih serta meluangkan lebih masa untuk mengunjungi tempat tersebut kerana baginya ia telah menjadi tempat baru yang mampu memberikan kelainan dalam keberkesanan proses pembelajaran.

Antara strateginya:

  1. Mengoptimumkan segenap ruang walaupun sempit dengan pelbagai sudut berunsurkan ilmu.
  2. Mempelbagaikan aktiviti dan program PSS.
  3. Meningkatkan perlaksanaan Program NILAM.
  4. Meningkatkan keceriaan dalam dan luar PSS.
  5. Mengoptimumkan penggunaan PSS; bahagian bahan bercetak dan bilik tayang (APD).
  6. Menjadikan PSS sebagai tempat percambahan dan perkongsian ilmu.
  7. Mewujudkan sudut-sudut demi menghargai sumbangan komuniti luar.

 

Projek Sekolah dalam ‘Taman Tapako’.

            Oleh: Pn. Stlea Thomas @Julia & En. Loimin Gonsu

Projek ini baru dalam peringkat permulaan. Ianya adalah  berkonsepkan kepada sekolah dalam taman ‘Tapako’. ‘Tapako’ dalam bahasa tempatan (Dusun) atau pokok langsuir dalam Bahasa Melayu merupakan sejenis tumbuhan menumpang. Ia merupakan sepesis tumbuhan yang didapati tumbuh meliar di hutan. Keunikan dan ciri-cirinya yang menarik menjadikan tumbuhan ini amat wajar diperkembangkan dan dijadikan sebagai bunga perhiasan bukan sahaja di sekolah malahan di rumah. Maka dengan itu, ianya dipilih menjadi lambang keceriaan di sekolah ini lantaran spesies bunga ini mudah didapati di sekitar kampung ini. Matlamat utamanya  adalah untuk meningkatkan kecerian kawasan sekolah dengan pelbagai spesies bunga-bungaan yang unik dan mudah dijaga.

Antara  strategi yang dirancang adalah seperti berikut:

  1. Menjadikan sekolah sebagai sekolah di taman ‘Tapako’ dengan menyemai, menanam, dan memelihara sebanyak mungkin spesies tersebut.
  2. Memastikan setiap bangunan khususnya di koridor ada di pamerkan bunga spesies tersebut.
  3. Menanam seberapa banyak bunga spesies tersebut sama ada digantung di dahan pokok atau ditanam di atas tayar sekitar sekolah.
  4. Mendapatkan pelbagai spesies bunga ‘Tapako’ untuk ditanam dan dipelihara di kawasan sekolah.
  5. Menamakan bunga tersebut dengan nama saintifiknya sebagai bahan  rujukan pelajar.
  6. Memohon sumbangan bunga tersebut daripada para ibubapa dan masyarakat sekitar.

Leave a comment